Jumaat, 28 Julai 2017

AKU YG SANGAT CEMBURU...

Cemburunya aku tengok dia....
Cemburunya tengok kekayaan diorang....
Cemburunya tengok dia cantik...
Cemburunya tengok dia dah kurus....
Cemburu sangat tengok caple tu, bahagia jerr...

Ramainya orang yg cemburu dengan perkara diatas....sape sape pun ada perasaan cemburu kan?
Kita manusia biasa..

Semua tu biasa je bagi aku...sebab aku lebih cemburukan insan yg dapat berbakti lebih kepada ibu bapa,
Insan yg sentiasa dapat mengembirakan hati ibu bapa,
Insan yg dapat menghulurkan duit setiap bulan,
Anak anak yg sanggup meninggalkan kerjanya bila disuruh pulang oleh ibu bapanya...pendek kata aku sangat cemburukan anak anak yg baik dengan ibu bapanya melebihi segalanya.

Percaya lah, bila seseorang anak itu baik dengan ibu bapa, pasti dia pun akan taat dengan perintah Allah s.w.a.

Ya Allah...jadikan lah kami ini orang yg berjaya dan kaya diduniamu ini dan jadi kan lah kejayaan dan kekayaan yg kami miliki ini asbab untuk kami masuk kesyurga mu

Coretan ni untuk meluahkan perasaan aku je..😂

Impian aku di masa depan...

Banyak sebenarnya impian aku ni, kalau nak di listkan rasanya sampai seratus impian jugak la....

Aku macam manusia biasa jugak, nak memiliki kehidupan yg serba mewah, bahagia, rumahtangga yg hamoni, tak terbeban dengan hutang, dapat pergi melancong kemana mana pun, dapat bagi mak ayah duit setiap bulan dan macam-macam lagi perkara yg aku suka nak buat.

Jangan pandang rendah dengan impian kita ye....ye, ada orang yg masih tak yakin dengan impian...contohnya bila seseorang itu mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta idaman, tapi dalam masa yg sama kehidupan nya tu tak nampak pun yg dia akan dapat beli kereta idamannya tu, ye lah kerja pun cuma tukang sapu, mana mungkin dapat beli kereta mahal kan?

Tapi jika ada impian dan keyakinan yg teguh serta percaya dengan pemberian dari Allah itu tidak mustahil, tukang sapu pun boleh memiliki kereta mewah...percaya lah.

Jika kita mengimpikan sesuatu yg mustahil kita akan dapat, jangan kita cepat putus asa....berusaha untuk mendapatkannya tu mesti, tetapi perkara yg terpenting sekali ialah, kita harus meminta dari Allah yg maha memberi,

Mintalah, berdoalah, merayulah, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah...kerana Allah sangat suka bila hambanya sentiasa mendekatkan diri padanya dan meminta kepadanya.